Waytha Moorthy Dianggap Mengkhianati Negara! Apa yang Telah Diperbuatnya?


Mufti Perlis , Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa bahawa pihak polis melakukan siasatan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri , P Waytha Moorthy berhubung dengan kenyataannya yang telah di anggap mengkhianati negara menerusi penularan satu video baru - baru ini di Facebook .

Mohd Asri mengatakan bahawa , tindakan tegas harus diambil ke atas Waytha Moorthy kerana kenyataannya itu menunjukkan dia jelas menipu negara ini dengan mengamalkan diskriminasi antara kaum.

“ Saya meminta satu siasatan & tindakan tegas diambil ke atas beliau . Kenyataannya yang disiarkan dalam rakaman tersebut menunjukkan bahawa pengucapnya seorang pembohong & pengkhianat negara , ” ujarnya ketika dihubungi .

“ Umat Islam hendaklah seia & sekata tanpa mengira perbezaan latar politik serta  fahaman bangkit membantah kenyataannya Waytha Moorthy.

“ Kita tak terbayang wujudnya individu yang begitu khianat kepada negara ke tahap yang sedemikian , ” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi & Mobilisasi Pakatan Harapan ( PH ) merangkap Penyelaras Parlimen Jasin , Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan , mengatakan bahawa sekiranya kenyataan & suara didalam video berdurasi 2 minit 39 saat yang tular itu beliau maka tindakan itu merupakan secara sengaja mengkhianati negara.

Khairuddin dilapor NSTP mengatakan bahawa , Waytha Moorthy sudah berbohong & membuat kenyataan palsu untuk mempengaruhi negara luar untuk membenci Malaysia.

“ Bagaimana seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh mengaibkan nama negara ke seluruh dunia dengan membuat kenyataan yang palsu  berupa hasutan seperti itu.

“ Ini merupakan pengkhianatan yang cukup dahsyat kepada bangsa & negara!  Waytha Moorthy harus ditangkap dan di dakwa mengikut SOSMA ( Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) tahun 2012 ).

“ Penyangak ini bersifat perkauman tanpa asas , ini akan membinasakan seluruh bangsa & negara kita , ” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin video lama Waytha Moorthy yang tular di media sosial itu dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Sumber: www.malaysianreview.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==