Ini RESPON Kerajaan ! Tentang Desakan Pemandu Teksi Haramkan Grab

Menteri Pengangkutan , Anthony Loke Siew Fook menegaskan kerajaan tak akan tunduk terhadap desakan pemandu teksi yang mahu perkhidmatan syarikat e - hailing yang menggunakan kereta persendirian , khususnya Grab di haramkan.
Menurutnya , kerajaan peka dengan permasalahan melibatkan pemandu teksi , namun isu itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh , bukan hanya menerusi pandangan pemandu teksi malah perlu dilihat daripada perspektif penumpang.
Katanya kementerian tlah merangka formula menang - menang tuk menjaga kebajikan pemandu teksi & pemandu yang menggunakan perkhidmatan syarikat e – panggilan .
“ Hala tuju kita , nak menggalakkan pemandu teksi guna aplikasi e - hailing , sama ada syarikat Grab atau syarikat - syarikat lain , bukan nak fokus kepada Grab saja , ada 20 hingga 30 syarikat e - hailing di Malaysia ini , dan ada banyak lagi pilihan .
“ Yang penting , kita nak yakinkan dulu pemandu teksi , kalau kita tak gunakan aplikasi teknologi terbaru , kita akan ketinggalan . Kita nak bantu , bukan hanya nak memangsakan pemandu teksi , tapi kalau ikut permintaan sebahagian pemandu teksi yang mahu kerajaan haramkan e-hailing , haramkan Grab, maka pada hari yang sama pula orang ramai juga akan diadakan demonstrasi membantah keputusan itu , ” ujarnya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeriannya , malam tadi .
Mengenai kadar komisyen tinggi di kenakan syarikat e-hailing , Loke berkata dalam dasar baharu , kerajaan menetapkan had komisyen pemandu kereta persendirian yang boleh dikenakan syarikat e-panggilan diturunkan kepada 20 peratus dan bukan lagi 25 peratus , manakala bagi pemandu teksi komisyen yang di kenakan syarikat e-hailing dihadkan kepada 10 peratus .
Beliau juga meminta Anggota Parlimen menggunakan peruntukan di kawasan parlimen masing – masing , tuk bersama - sama membantu persatuan pemandu teksi menggunakan telefon pintar danbagi membolehkan mereka menggunakan teknologi e-panggilan .
 
 
 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==