Polis Tahan Lelaki Yang Sebabkan Kes Gaduh Di Kuil Sri Maha Mariamman



Lima parah dalam satu pergaduhan didalam kawasan kuil di Putra Heights , Subang jam 3 pagi tadi yang membabitkan 2 kumpulan , lapor Astro Awani.

Pergaduhan di percayai bermula dari luar kawasan kuil berkenaan namun meleret ke dalam kuil sebaik mangsa cuba mendapatkan bantuan dari pengunjung yang sedang bersembahyang.

Teriakan & amukan itu mencetuskan panik yang menyebabkan penduduk datang dan melihat lokasi kejadian.

Berpuluh anggota polis mengawal ketenteraman di lokasi kejadian tersebut bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

Dua lelaki yang berusia lingkungan 30-an ditahan bagi untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang sedang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights tersebut.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor mengatakan bahawa dua individu berkenaan ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pagi tadi akibat tercedera dalam kejadian yang pada kira-kira pukul 2 pagi tadi.

“ Sebanyak 18 buah kereta pelbagai jenis & dua motosikal turut dibakar dalam kejadian berkenaan . Sebuah kereta peronda polis turut rosak akibat dibaling batu oleh perusuh ,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Insiden kekecohan itu di katakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil , yang sudah berusia lebih dari 100 tahun lamanya.



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==