BENARKAH Rosmah Rasuah ? Atau Hanya Sebuah Tuduhan ?


Rosmah Mansor telah di dakwa minta & terima rasuah dalam kes penyelewengan projek pembekalan & pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah di Sarawak.

Isteri bekas Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta & menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid & Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak.

Rosmah mengaku tak bersalah & mohon untuk di bicarakan atas kedua - dua pertuduhan selepas di bacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad .

Beliau di dakwa meminta suapan berjumlah RM187,500,000 iaitu 15 peratus dari nilai kontrak pada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd , Saidi Abang Samsudin.

Ia sebagai dorongan untuk membantu Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid & Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1,250,000,000.00 [RM1.25 bilion] secara rundingan terus dari Kementerian Pendidikan.

Beliau di dakwa telah melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro , G-24, Ground Floor , Sunway Putra Mal l , 100 Jalan Putra , Chow Kit dekat sini , antara Mac & April tahun  2016.

Jepak Holdings telah di lantik pada akhir tahun 2016 untuk membekalkan diesel & menyelenggara generator , serta membekalkan sistem hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Bagaimanapun , tak ada sekolah yang mempunyai sistem itu sehingga kini .

Manakala bagi pertuduhan kedua , Rosmah telah di dakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta dari Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu.

Rosmah telah di dakwa telah melakukan perbuatan itu di kediaman rasminya di No 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 7 September tahun 2017 lalu .

Bagi kedua - dua perbuatan itu , beliau di dakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tahun 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun & denda tak kurang dari lima kali ganda nilai suapan /  RM10,000 serta mengikut mana - mana yang lebih tinggi , jika sabit kesalahan.

Pendakwaan di jalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar serta Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Mahkamah membenarkan Rosmah di ikat jamin RM1 juta serta membayar RM500,000 hari ini , manakala selebihnya di bayar dalam tempoh sekurang – kurangnya tujuh hari.
Mahkamah juga menetapkan pada 10 Disember ini untuk sebutan semula.



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==