Apa yang Sedang Ditagih Oleh Irfan Kepada PBSNT?


Pengendali Terengganu FC ( TFC ) , Irfan Bakti Abu Salim tak mahu dilabel “ lebih sudu daripada kuah” berhubung pemilihan pemain skuadnya yang akan diadakan musim depan.
Sebaliknya , pakar taktikal itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu ( PBSNT ) selain perbincangannya dengan persatuan itu berhubung perkara itu.
Hal ini di keranakan adanya pemain yang dikatakan meletakkan harga di luar kemampuan persatuan selepas muncul naib juara Piala Malaysia musim ini .
Malah kejayaan itu juga akan menyebabkan “ saham “ pemain melonjak selepas menjadi buruan beberapa pasukan yang akan diinginkan khidmat mereka .
" Terengganu tak boleh nak ikut lagi pemain yang meminta gaji di luar kemampuan persatuan . Sekiranya pemain yang kita mahu tetapi mereka tak setuju bersama TFC , saya sudah ada beberapa pilihan termasuk ke luar negara untuk mencari pemain jika berlaku hal demikian , " kata Irfan Bakti yang sudah mengikat kontrak baharu bersama kepada skuad Penyu itu dimusim depan biarpun sebelum ini diintai pasukan dari utara tanah air .
Mengenai status semua pemainnya musim in i, bekas pemain kebangsaan itu meminta kepada peminat bersabar kerana keputusannya yang akan dibuatnya dalam masa terdekat.
" Saya minta penyokong skuad Penyu bersabar kerana kita masih dalam proses rundingan & perbincangan dengan para pemain. Dan jika semuanya selesai kita akan maklumkan kepada pemain yang kekal & sebaliknya ," ujar Irfan Bakti.





close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==