Panas ! Ternyata ini alasan IPC batalkan hak penganjuran Malaysia



Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa ( IPC ) telah membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia tahun 2019 yang akan di adakan di Kuching pada tanggal 29 Julai hingga tanggal 4 Ogos ini.

Keputusan itu di putuskan pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan yang di perlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan , bebas dari diskriminasi serta selamat dalam kejohanan.

Presiden IPC , iaitu Andrew Parsons mengatakan bahawa semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet serta negara yang layak untuk bersaing dengan selamat & bebas daripada diskriminasi.

Beliau mengatakan bahawa , apabila negara tuan rumah tak memasukkan atlet dari negara tertentu , atas alasan politik , dan pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan tersebut.

" Pergerakan Paralimpik sentiasa akan di teruskan , dan didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan , bukan pengecualian. Tak kira negara yang terbabit dalam perkara ini , IPC akan mengambil keputusan yang sama dalam situasinya sama walaupun negara berbeza.

" Pada September tahun 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia , kami mendapat jaminan bahawa semua atlet serta negara yang layak di benarkan menyertai acara ini dengan jaminan keselamatan mereka.

" Akan tetapi , terdapat perubahan kepimpinan politik & kerajaan Malaysia yang baharu serta mempunyai idea berbeza. Kami kecewa bahawa atlet Israel tak di benarkan bersaing di Malaysia.

" Seperti keputusan pada hari ini , kami kini mencari tuan rumah baharu untuk Kejohanan Dunia yang penting ini , yang akan menjadi medan untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun 2020 ," ujarnya.

" Kami akan berusaha untuk mengekalkan tarikh serta syarat yang sama untuk kejohanan supaya tak mengganggu jadual latihan atlet yang bertujuan untuk mencapai tahap terbaik pada akhir bulan Julai & awal Ogos."

Pengerusi Majlis Atlet IPC , Chelsey Gotell , mengatakan bahawa  pihaknya menerima banyak maklum balas daripada atlet di seluruh dunia berkenaan situasi berkenaan.

" Kami sudah membincangkan semua hasil yang berpotensi serta berhubung dengan Kumpulan Penasihat Atlet Renang Para Dunia untuk mengumpul maklum balas mereka mengenai situasi ini bagi memastikan suara atlet dapat di lihat didalam perbincangan serta keputusan Lembaga IPC."




close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==