Larangan Hisap Rokok di Restoran, Menuai Berbagai Konflik Pengusaha Restoran Di Malaysia


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengatakan bahawa  Kementerian Kesihatan tegas menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran & premis makanan bermula bulan Januari depan , meskipun hal tersebut terdapat bantahan pengusaha restoran & kedai makan di seluruh negara yang tak berpuas hati dengan peraturan larangan merokok sepenuhnya.

“ Saya faham apa yang mereka katakan, tapi kita mendahulukan kepentingan awam & tak bersedia untuk berkompromi dalam hal ini.

“ Ini adalah kepentingan yang ingin kita perjuangkan & perokok perlu mencari tempat lain untuk merokok.

“ Tempat makan awam merupakan lokasi orang yang ramai ingin menikmati makanan tanpa di cemari asap rokok , ”  ujarnya di petik dari portal NSTP.

Nota Ana Ghoib : Sebagaimana janji PRU14 PH yang berubah sekelip mata di mungkiri begitu jugalah watak menterinya yang dahulu ketika menjadi pembangkang membela rakyat kelihatan memijak semut pun tak akan mati.

Mengenangkan betapa gopoh & bangangnya kerajaan BN ketika berkuasa sentiasa mahu mencipta undang - undang yang remeh dan menghimpit hidup rakyat kini kerajaan PH pun mengulangi langkah yan sama juga .

Hidup jadi tak “sempoi” lapang menyenangkan dengan undang-undang yang bersepah. Bayangkan saja hisap rokok denda 10 ribu?

Sudah papa kedana sungguhkah kerajaan PH mahu mencari duit cara mudah seperti kerajaan BN mencari duit melalui saman kamera trafik.

Jika seorang menteri Bersatu ujar budak-budak pinjam PTPTN kereta 600 sebulan yang mampu bayar tapi hutang PTPTN 90 sebulan tak boleh? Ujar menteri ini bercakap ikut ukuran baju “suit”  “tie matching” & kasut leather yang dia pakai selepas jadi menteri dan ringkasnya amboi senangnya nak  “cakap ikut tekak” .

Kini seorang pemikir, Dr Dzulkefly pula yang kedengaran sombong menggunakan perisai undang - undang mempertahankan bukan perokok?

Mudahnya orang marah jika , Selangor kena beli plastik 20 sen untuk elak pencemaran tapi duit itu tak pula diberikan kepada kerajaan negeri untuk membersihkan sungai Klang misalnya untuk apa? Kemudian terus denda perokok 10 ribu tapi tak di sediakan tempat merokok juga…kau apa hal suci sangat tidak hisap rokok.

Janganlah gopoh nak menunjuk sangat depan Tun Mahathir kononnya kita ini buat kerja tapi cakap saja tak fikir dua kali – berbeza dengan zaman tak ada kuasa.

Dr Dzul bekas ulama PAS ini bukan tidak tau ayat KHAMAR / arak di dalam Al Quran di turunkan beransur-ansur bukan gopoh terus di haramkan tanpa tolak ansur.

Baik terus buat LAW macam TALIBAN jangan jual rokok , jangan kencing didalam lif ,   jangan pakai minyak atar busuk , jangan makan chewing gum serta bermacam jangan lagi biar Malaysia lebih hebat dari nagara Singapura.

Bagus lagi jika semua kesalahan mesti denda bayar dengan duit ribu-riban , baru Malaysia makmur kaya & menteri terus bergaya lupa sikap “empati’ sadar diri berfikir untuk dua sisi.

Cuba Dzul sebagai doktor seperti Tun M yang suka meredakan keadaan bergurau mengatakan kesediaan menaja dengan wang sendiri klinik berhenti merokok seperti Guan Eng berkorban memberi wang jaminan 1 juta kes beliau sebagai biasiswa. ( Bukankah menteri PH semua sudah kaya sekarang? )


Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib – Orang sombong kita kenal dari cakapnya & untuk makluman rokok itu HARAM sangat bahaya untuk kesihatan. Maka Berhentilah man-man mulai sekarang / denda 10 ribu kerajaan PAKARTOON jika sanggup tunggu PRU15 Manifesto BN tawar denda cuma 10 ringgit sahaja. Ujar Amin




close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==