Terungkap ! Inilah Alasan Wanita Ukraine Dijatuhi Hukuman


Wanita warga Ukraine di jatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang , di Georgetown , hari ini selepas di dapati bersalah mengedar dadah jenis kokain 3 tahun lalu.
Lopatkina Klavdiia ( 24 ), di lihat menangis sejurus Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadapnya , manakala seorang lelaki di percayai suaminya pula langsung tak masuk ke kamar mahkamah & hanya menunggu di luar saja.
Mengetahui keputusan tersebut , lelaki itu juga di dapati sedang menangis sebelum dia bertemu dengam tertuduh yang ketika itu di bawa keluar anggota polis .
Dalam penghakimannya , Abdul Wahab mengatakan , tertuduh sepatutnya mempunyai masa untuk melihat 2 bungkusan plastik yang di bawanya ketika dari Dubai menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pulau Pinang .
Tertuduh di lihat tertunduk malu “ menutup mata “ untuk mengetahui apa kandungan yang di bawanya sedangkan dia mempunyai masa yang panjang.
“ Dia tak mengambil peluang itu untuk melihat kandungan bungkusan yang sedang di dakwa mengandungi coklat yang di bawanya ,” ujarnya .
Sebelumnya , wanita itu di lepas & di bebaskan Mahkamah Tinggi , bagaimanapun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan & mahkamah itu memerintahkan tertuduh membela diri.
Mengikut pertuduhan , Lopatkina yang mengandung sebulan ketika di tahan , di dakwa mengedar dadah jenis kokain dengan berat 1.5 kilogram ( kg ) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 11 pagi hari pada 31 Disember tahun 2015.
Bagi kesalahan itu , dia di dakwa dengan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Lopatkina yang melahirkan anak perempuan ketika berada di dalam penjara, diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan Low Huey, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin.



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==