WOW !!! Benarkah Razak Rafi Terlibat Dibalik Pembelian Kapal Selam Scorpene ?



Abdul Razak Baginda mengaku bahawa menerima kira - kira 30 juta euro (RM137 juta) bagi khidmat konsultansi di dalam urusan pembelian kapal selam Scorpene tapi menafikan wang itu digunakan untuk memberi rasuah kepada pegawai kerajaan bagi pihak syarikat Perancis , Thales.

“ Ia merupakan perjanjian yang sah . Saya melakukan kerja saya & saya di bayar untuk itu tapi tak pernah membayar mana - mana pegawai ,” di petik sebagai berkata oleh Financial Times.

Ia merujuk pada pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia pada tahun 2002 lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak , ketika itu adalah timbalan perdana menteri , yang menerajui Kementerian Pertahanan.

Razak Baginda mengatakan bahawa demikian ketika mengulas dakwaan bekas presiden Thales International Asia , Bernard Baiocco Disember lalu “ aktif merasuah pegawai - pegawai awam asing yang telah dikaitkan dengan Najib Razak ”.

Razak menafikan pernah berkhidmat dengan Najib sebagai penasihat yang di bayar & mengatakan bahawa beliau hanya “ sesekali ” bercakap dengan beliau mengenai perjanjian kapal selam itu “ sambil minum teh ”, menurut Financial Times.

Peguam Baiocco , Jean-Yves Le Borgne , mengatakan bahawa anak guamnya mengaku wang itu dibayar kepada Baginda untuk kerja-kerja melobi tetapi menuduh pihak pendakwa yang melakukan “legal acrobatics” apabila cuba mendakwa yang bayaran itu telah digunakan untuk merasuah pegawai kerajaan.



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==