HEBOH !!! Ular Sawa Raksasa Kejutkan Warga. Apa yang terjadi?


Detik cemas buat seorang pemandu jengkaut selepas seekor ular sawa menyusur masuk ke bawah jenteranya di Kampung Ulu Teh , semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu , Musliadi Md. Yusuf (33) , warga Indonesia itu mengambil risiko mengalihkan reptilia sepanjang hampir enam meter itu.

Menurutnya , ketika kejadian itu dia sedang mengendalikan jengkaut untuk membersihkan kawasan pinggir hutan setelah di arahkan oleh tuan tanah.

“ Tiba-tiba ada seekor ular sawa yang besar keluar dari celah batu & kemudian menuju ke arah bawah jengkaut.

“ Saya terus undurkan jentera terbabit untuk mengelakkan sebarang insiden atau sebarang risiko ,” ujarnya lagi.

Katanya , itu merupakan kejadian yang kali pertama dia berdepan dengan reptilia sebesar itu namun lega kerana tak berlaku sebarang insiden yang tak di ingini.

“ Saya sudah bekerja di kawasan hutan & semak hampir 14 tahun namun ini kali pertama saya melihat ular sawa yang besar & panjang,” ujarnya.

Tambahnya , dia telah mengalihkan reptilia berkenaan menggunakan jengkaut supaya kembali lagi ke hutan.

“ Semasa saya mengalihnya , ular sawa itu mengeluarkan satu duri landak dari mulut & saya mengambil untuk menyimpannya,” ujarnya.

Musliadi memberitahu bahawa , dia sudah melihat pelbagai jenis ular sebelum ini & hanya membunuh spesis berbisa seperti tedung sahaja.



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==