Maut Tsunami yang Merenggut Anggota Band Seventeen Saat Konsert



Pemain bass, Seventeen, Muhammad Awal Purbani atau Bani disahkan maut bersama pengurus, Oki Wijaya, manakala tiga lagi termasuk isteri vokalis band itu masih hilang selepas tsunami yang melanda kawasan Pantai Tanjung Lesung, Banten, Selat Sunda, 22 Desember semalam.

Perkara itu di maklumkan vokalis kumpulan itu, Riefan Fajarsyah / Ifan dalam satu rakaman video yang ada di Instagram peribadinya.

Ifan memaklumkan dirinya selamat akan tetapi Bani & Oki meninggal dunia , manakala anggota band lain termasuk isterinya yang juga pelakon , dan Dylan Sahara masih hilang.

“ Andi, Herman, serta Ujang belum di ketemukan, minta doanya agar  isteri saya belum diketemukan," ujarnya.

Suatu video memaparkan bahawa detik-detik terakhir kumpulan itu sedang mengadakan persembahan sebelum ombak tsunami datang “ menyapu” pentas & penonton,  tular di laman sosial.

Band itu di laporkan memenuhi jemputan dalam sebuah majlis tertutup di Tanjung Lesung Beach Resort , di Pandeglang , Banten.

Dalam video tersebut memperlihatkan bahawa , Ifan yang sedang menyampaikan sebuah lagu sebelum ombak tsunami datang dari bahagian belakang pentas.


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==