WOW !!! Lihat apa yang Pemuda UMNO lakukan dalam kes Adib




Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat peguam pemerhati percuma kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memantau perjalanan kes inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba terbabit yang telah di jadualkan dalam masa terdekat ini .

Ketuanya , iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengatakan bahawa , tawaran itu sudah dimaklumkan kepada keluarga arwah menerusi lawatan dibuat wakilnya , baru-baru ini.

“ Kami mendengar khabar angin ada unsur untuk menutup kes ini supaya tak berpanjangan “ .

“Bukan hendak mengapi-apikan , akan tetapi kami mahu keadilan untuk arwah yang telah terkorban semasa membantu menjaga keamanan rakyat Malaysia ini ,” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn , Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur , hari ini.

Dalam kejadian itu , Muhammad Adib (24) , di percayai bahawa meninggal dunia akibat kecederaan parah susulan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman , USJ25 di Seafield , USJ pada November tahun 2018 lalu.

Beliau berada dalam keadaan koma lebih sebulan & telah menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya serta Institut Jantung Negara (IJN).

Untuk rekod , pengurusan kes inkues untuk menentukan punca kematian arwah yang meninggal dunia 17 Disember tahun 2018 lalu dan di tetapkan pada 18 Januari ini.

Dalam perkembangan lain , Asyraf Wajdi mengatakan bahawa , pihaknya akan melancarkan sekretariat pemantauan harga barang di uruskan Pemuda UMNO negeri di 13 negeri dalam usaha membantu meringankan beban sara hidup rakyat serta kempen pendaftaran ahli UMNO di universiti.

“ Sekretariat ini akan pantau setiap bulan harga barang asasi rakyat yang makin tertekan akibat kenaikan harga barang yang tak dapat di kawal.

“ Tiada strategi atau mekanisme yang dilakukan kerajaan yang menjanjikan bulan & bintang. Dulu kata apabila jadi kerajaan harga barang jadi murah , ( jadi ) kita perlu zahirkan & tak tipu rakyat , ” ujarnya sambil memaklumkan hasil dapatan pemantau akan diuar-uarkan di media sosial setiap bulan.


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==