Polis tahan remaja bawah umur. Ini Sebabnya?



Polis telah menahan lebih dari 20 remaja bawah umur selepas terbabit penyalahgunaan dadah menerusi 21 serbuan terhadap “parti liar” di ibu negara , sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur iaitu Datuk Seri Mazlan Lazim mengatakan bahawa , semua serbuan itu telah membabitkan parti persendirian yang di anjurkan di kondominium mewah serta pihaknya memeriksa 424 individu termasuk remaja berkenaan.

“ Hasil pemeriksaan , kita menahan 325 individu atas pelbagai kesalahan serta 252 daripadanya didapati positif dadah “ .

“Daripada jumlah itu , lebih 20 individu merupakan remaja bawah umur yang di dapati telah positif dadah ” .

“ Turut dirampas pelbagai jenis dadah antaranya syabu , erimin 5, ganja dan sebagainya dipercayai digunakan sewaktu berhibur di parti itu , yang telah dianggarkan RM68,942 selain wang tunai,” ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada hari ini.

Mazlan mengatakan bahawa , polis akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap penganjuran parti sebegitu yang semakin jadi tumpuan pelbagai golongan masyarakat terutama remaja dibawah umur untuk berhibur.

Ujarnya , pihaknya juga turut meningkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap pusat hiburan dengan fokus kepada enam perkara iaitu pengunjung bawah umur , unsur gengsterism, kegiatan penyalahgunaan dadah, wanita pelayan pelanggan (GRO) atau pelacur warga asing tanpa permit , perjudian & beroperasi lebih masa.

Sepanjang tahun lalu pihaknya telah menyerbu 174 pusat hiburan serta menerusi 7,592 pemeriksaan dan hasilnya 1,818 individu telah ditahan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah.


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==