Inilah Amaran rakyat kepada kerajaan setelah PH mengalami kekalahan !



Kekalahan Pakatan Harapan ( PH ) pada Pilihan Raya Kecil ( PRK ) Cameron Highlands merupakan satu peringatan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera mengatasi masalah yang timbul pada masa ini.

Timbalan Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan , bahawa kekalahan sulung parti berkenaan merupakan gambaran bahawa banyak perkara asas terhadap rakyat yang perlu di perhalusi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa , kekalahan terbabit merupakan sebagai peringatan supaya PH melihat semula keperluan serta luahan rakyat berkenaan isu yang berlaku.

“ Walaupun kita tak menang namun pelbagai maklum balas di terima dari masyarakat di sana berkaitan isu bantuan sara hidup , pembangunan jalan , kos sara hidup serta isu Orang Asli “ .

“ Segala maklum balas berkenaan akan di perhalusi serta di perbaiki demi memperbaiki kesejahteraan rakyat ,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Melayu Perlis di Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ), Pauh Putra di Arau pada hari ini “.

Dalam perkembangan yang sama , Muhyiddin turut menyangkal bahawa kekalahan PH adalah di sebabkan oleh faktor bekas Perdana Menteri , iaitu Datuk Seri Najib Razak yang turut sama berkempen untuk Barisan Nasional.

“ Itu bukan faktornya kerana kami lihat kekalahan ini sebenarnya merupakan isyarat pengundi Cameron Highlands yang mahukan kita memperbaiki perkhidmatan kita kepada masyarakat di negara ini , ” ujarnya



close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==